Sebagai manusia jangan pernah kutuk kepada yang pernah buat salah, macam la kita sendiri tak pernah buat salah plak..Jangan cakap benda kebaikan sehingga lupa diri pun suka buat benda yang sia-sia. Ini semua berlaku di alam realiti!
Bila sahabat kita dalam berada dalam kesusahan, tolong sekadar mampu bukan keji semahu-mahu walaupun sahabat kita pernah bersikap ego. Dia sekarang sedang diuji,sedang bertarung dalam masalah & telah tersedar dari kesilapannya. Hidup kita masih panjang lagi. Tunggu je masa kita plak diuji..cepat atau lambat kita semua pasti akan diuji..cuma ujian itu je berbeza-beza..adakah kita boleh bertahan? adakah kita akan kuat? Cuba tanya diri sendiri..
Sebaiknya, jika kita tidak mampu..sekurang-kurangnya kita doakan dia semoga tabah menempuh ujian hidup. Jangan pandang dengan pandangan kesian tapi pandanglah dengan rasa kagum kerana dia masih mampu teruskan kehidupan walaupun saat diuji. Sesama manusia tidak layak untuk menghukum kerana kita semua sama sahaja & teruskan hidup dengan baik!


No comments:
Post a Comment