Saturday, February 23, 2013

Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Memandangkan ada orang yang cakap aku ni cepat marah tak kena tempat, terasa jugak diri untuk mengkaji tentang diri sendiri..sekurang-kurangnya benda yang berlaku bersebab dan sekurang-kurangnya aku ada effort untuk memberitahu hal sebenar. Bukan memencil diri dan terus hanyut dengan perasaan sendiri. Oh ya, kalau ada yang perasan, hari ni aku akan membahasakan diri sebagai aku secara officially. 

Kembali kepada persoalannya. Apa yang berlaku disebalik keadaan ini adalah kekurangan sikap sabar dengan karenah manusia. Aku manusia, korang pun manusia..tapi kenapa perangai kita tidak sama?  Ok..kita serius tapi orang main-main..see..secara otometiknya akan jadi marah la kan? Sama-sama tak faham situasi..semua orang ada sifat marah..bukan aku sorang je..trauma ok! Kita yea2 je jujur..tapi dipermainkan..gitu la jadinya..nak explain pun dah tak reti macam mana..perangai sebenar aku bukan macam ni..apa yang aku marah tu jangan simpan dalam hati ya..buang je jauh-jauh..aikk..salah korang jugak..sape suruh buat aku marah? hahaha...ok ok...maksudnya nak gurau-gurau aje eh...tengok-tengok keadaan jugak la ya..aku ni bukan tak boleh diajak bergurau..apa pun boleh janji..jangan melampau-lampau..berkhemah gitu..baru la keadaan jadi baik-baik..main dengan hati dan perasaan ni..apa-apa pun boleh jadi..

Contoh macam bos-bos aku.,tiga orang ok bos aku..tiga lawan aku sorang..kau mampu? Tapi aku mampu..haha..aku faham diorang dan diorang faham aku..so senang nak bekerjasama..terima kasih bos..apa-apa masalah berbincang..pastu gelak..tapi aku pun pernah jugak kena marah..orang gila pun pernah kena marah..kan..so.untuk tidak menyemakkan otak..aku think positif je..mungkin time tu emosi dia tak stabil..tengah serabut-serabut yang aku pulak gi tambahkan hot tempered sape suruh..sah-sah dah kena marah..mungkin kita nak buat benda baik pun..tapi kena marah..haa..dah kena marah tu jangan pulak ko jadi lupa yang bos kau pernah bagi bonus 3bulan gaji sebelum ni dan hantar surat berenti plak..sampai lupa dah kebaikan yang dia pernah bagi kat kau..gitu la situasinya..bos aku pun pernah pesan..jangan ambik kira minit-minit kemarahannya itu..dan aku amat mengerti..kerana we need each other..!


Dengan itu,gunalah kebijaksanaan sendiri menilai sejauh mana kita kenal diri kita..dan sejauh mana kita kenal seseorang itu..jangan cepat menghukum..kerana kita tidak layak untuk itu..,tolong lah berfikir secara positif..korang jugak yang akan tenang..bukan aku je..ok? Aku ni marah kejap je..kadang-kadang tengah marah pun boleh lagi bergelak ketawa..serius ni..aku tak tipu..terima kasih jugak kerana tegur aku..tu maknanya korang sayangkan aku kan T_____T . Nanti kalau ada yang tak kena..bagitahu la..ok? Kita sama-sama baiki..

* Kalau korang ada masa terluang jenguk lah page ni akuislam ..semoga dapat kebaikan bersama..eh dah ada header..ngeh2..kreatif sungguh diriku ini..wee

No comments:

Post a Comment