Friday, September 6, 2013

Drama Realiti

Setiap hari drama ini berlaku dalam kehidupan kita..watak-watak nya juga kebanyakannya adalah orang yang sama..kemungkinan lokasi juga sama..di tempat kerja,di rumah,kedai even di mana sahaja..disaat kita memikirkan tentang kehidupan kita yang tunggang langgang..cuba lihat sekeliling...terdapat beribu cerita..di satu sudut..kisah seorang wanita muda bersusah payah mencari duit membesarkan dua orang anak yang masih kecil..dan pada masa yang sama memikirkan kehidupan sendiri yang entah dimana penghujungnya..begitu kuat jiwanya melawan perasaan..bangga aku melihatnya..! satu sudut lagi seorang isteri berusaha sedaya upaya berjuang mempertahankan haknya..begitu kental jiwamu wahai sahabat! Gelak ketawa hanya pada luaran..tapi di dalam hatimu..hanya Allah sahaja yang tahu..begitu juga seorang suami yang mempunyai rasa tidak puas hati terhadap isterinya..hurmm.berpuluh-puluh cerita setiap hari..kadang-kadang episod yang sama diulang tayang setiap hari...tak jemu kah kita untuk menonton cerita sebegini setiap hari..cubalah untuk berubah..kalau tak boleh lakukan untuk orang lain..lakukanlah untuk diri sendiri.

Bukan kita sahaja yang mempunyai cabaran dalam kehidupan..semua orang juga begitu..masalah ini bukan sahaja berpunca dari kita..mungkin orang kedua malah orang ketiga..aku sendiri pun tak pasti..tapi sebagai manusia yang ada akal fikiran..cubalah untuk berfikir..jangan sampai menjadi salah seorang daripada punca masalah orang lain..jadilah orang disebalik kebahagiaan dan kejayaan..itu yang terbaik..tak susahkan..

Begitulah kehidupan yang harus kita lalui selagi kita hidup..cuma kita harus kuat,sabar...dan mampukah kita untuk bangun dikala jatuh?

No comments:

Post a Comment