Friday, September 6, 2013

Berdikari-kari

Actually,in my parent eye..i'm still a little girl..especially my father..hahaha..biasa la adik bradik tak ramai..tumpuan tu jd lebih banyak..kalau korang nk tahu..sehingga sekarang aku tak pernah lagi merasai naik teksi or bus sorang-sorang ke mana-mana...aku tak diajar berdikari..sehingga aku sendiri pun dah terbiasa macam ni..ohh my...oh my...aku cuma diberi lesen besar pegi keje sahaja seorang diri..teruk sangat la kan nk pegi keje pn sampai nk ada orang temankan..mula-mula tu agak2 aku dah sampai ofis bapak aku call..macam mana..dah sampai ofis belum..hahaha..tapi sekarang tidak lagi..dah boleh diharap la kot aku ni..

Tapi now..aku dh slow2 blajar berdikari..aritu g bank renew atm card boleh je sorang diri..hahaha...tepuk tangan semuaaaa...oh bangga2...padahal bank tu cuma 100meter je dr ofis..(kah2) cumanya nak g buat ic dan ambik ic baru je mintak tlg kawan temankan..sebab parking susah area wisma tu..nnti kan aku terkial-kial..alasan yang sangat munasabah...hahaha..teruk sangat aku sorang ni...kata gangster..eh bukan...bapak aku tu tersangat la penyayang...

Esok lusa tak tahu la macam mana..tapi aku tak berasa pun aku ni dikongkong..best ape macam ni kan..terasa diri sentiasa disayangi..hahaha..lagipun aku ni jenis tak bersosial sangat..balik keje duk umah..duk umah tido..giteww..keluar rumah time mak ajak shoping barang dapur,round2 pn ngan mak..kadang2 ayah skali..bagus betul anak mak.. ( __________ )

Boring betul arini..terus up dua entry...kalau tak..perasan bizi je memanjang..hahaha

Drama Realiti

Setiap hari drama ini berlaku dalam kehidupan kita..watak-watak nya juga kebanyakannya adalah orang yang sama..kemungkinan lokasi juga sama..di tempat kerja,di rumah,kedai even di mana sahaja..disaat kita memikirkan tentang kehidupan kita yang tunggang langgang..cuba lihat sekeliling...terdapat beribu cerita..di satu sudut..kisah seorang wanita muda bersusah payah mencari duit membesarkan dua orang anak yang masih kecil..dan pada masa yang sama memikirkan kehidupan sendiri yang entah dimana penghujungnya..begitu kuat jiwanya melawan perasaan..bangga aku melihatnya..! satu sudut lagi seorang isteri berusaha sedaya upaya berjuang mempertahankan haknya..begitu kental jiwamu wahai sahabat! Gelak ketawa hanya pada luaran..tapi di dalam hatimu..hanya Allah sahaja yang tahu..begitu juga seorang suami yang mempunyai rasa tidak puas hati terhadap isterinya..hurmm.berpuluh-puluh cerita setiap hari..kadang-kadang episod yang sama diulang tayang setiap hari...tak jemu kah kita untuk menonton cerita sebegini setiap hari..cubalah untuk berubah..kalau tak boleh lakukan untuk orang lain..lakukanlah untuk diri sendiri.

Bukan kita sahaja yang mempunyai cabaran dalam kehidupan..semua orang juga begitu..masalah ini bukan sahaja berpunca dari kita..mungkin orang kedua malah orang ketiga..aku sendiri pun tak pasti..tapi sebagai manusia yang ada akal fikiran..cubalah untuk berfikir..jangan sampai menjadi salah seorang daripada punca masalah orang lain..jadilah orang disebalik kebahagiaan dan kejayaan..itu yang terbaik..tak susahkan..

Begitulah kehidupan yang harus kita lalui selagi kita hidup..cuma kita harus kuat,sabar...dan mampukah kita untuk bangun dikala jatuh?