Kisah pertama berlaku kat mydin mall. Aku ngan mak kat kaunter untuk membuat pembayaran..pastu datang sorang lelaki datang nk tukar duit. anak dia nangis nak naik alaaa yang bubuh syiling 50sen 2 keping pastu benda tu gerak2...haa yang tu..aku xtahu nak panggil apa..tapi cashier tak bagi..katanya kena tukar kat gerai2 luar..abang tu dah serba salah..anak dia makin kuat nangis..isteri dia memujuk..selesai je membayar..aku terus panggil abang tu..dan hulurkan dia 2 keping 50sen..terus ucap terima kasih dan berlari ke arah anak dan isterinya...aku lega..
Kisah kedua beberapa minggu selepas itu, ketika aku kat bank..nak bank in duit..tinggal sekeping je lagi rm50 tak dapat nak masukkan..puas aku cuba..xmasuk2 jugak..pusing blakang ramai orang beratur tunggu giliran..tetiba sorang lelaki hulurkan aku rm50 untuk tukar..aku tanya dia..nnti abang nak bank in plak macam mana..dia kata xpe..ni duit lain nnti nak bank in duit lain..aku terima..transaksi aku berjaya..aku ucapkan terima kasih kat dia...dia hanya angguk dan senyum.
Ini bermaksud..bila kita berbuat baik dengan ikhlas..perkara baik pun pasti akan datang kepada kita..kedua-dua kisah tersebut betul-betul memberi kesan pada aku..alhamdulillah..senyum sendiri..sila sematkan sikap bantu membantu dan tolong menolong sesama kita..
No comments:
Post a Comment