Friday, April 26, 2013

Bahasa & Percakapan

Kita semua sudah tentunya bertutur dalam bahasa dan dialek yang berbeza..kadangkala berada dalam satu negeri pun jadi bermasalah dengan bahasa dan dialek..tapi selagi kita faham apa yang orang ingin sampaikan..selagi itulah tak ada masalahnya..tapi kalau tak faham..boleh tanya..kalau malu nak tanya..boleh tanya pakcik google secara senyap-senyap. 

Tak salah rasanya bertutur dalam bahasa inggeris ke,cina ke ,india ke, mahupun bahasa lain. Percakapan yang berbeza merupakan satu cabaran yang sangat positif..phewww...apa yang awak tahu..dan apa yang saya tahu..jika bergabung dengan baik, ia akan mengeluarkan satu aura yang sangat sempurna.

Di rumah, ayah aku sorang je sebut television..yang lain tv..ayah aku sorang je sebut peti sejuk..yang lain peti. Tapi kami semua adalah orang kelantan..

Thursday, April 18, 2013

Roti Hiris & Ubat Likar

Semalam aku dapat kenal dua benda baru..

pertama


roti hiris..biasa aku panggil roti sandwich..orang tu cakap kalau roti sandwich yang campur inti..dah orang buat sandwich dengan roti ni..sebab tu panggil roti sandwich..ni dia hiris2..panggil la roti hiris...yea laaaaaa..


kedua


ubat likar..biasa aku panggil ubat nyamuk je..tak kesah la yang ni ke yang skeping2 kecik tu ke..semua ubat nyamuk..tapi orang tu panggil ubat likar...sebab melingkar eh..

Bahasa orang kampung katanya..


Mak Saya hebat

Sekarang ni nak guna pc pun kena ikut turn..sebab mak aku dah pandai dah berinternet...ayah aku yang ajar..tapi xpe..ada laptop..aku boleh guna laptop..tapi guna laptop tak la sefeeel guna pc..aku lebih suka guna pc dari guna laptop..mak punya pasal aku redho je....yang tak bestnye.....

mak : nii..meh jap..tolong tengok nape video ni tak jadi <<<dah tak klik play
mak : nii..meh jap..macam mana nak tutup video nih..<<klik je pangkah
mak : niii...nape video ni selow..biasa laju jee..<<<dah nak habis kuota la tuuuu...
mak : niii...nanti raya ni kita boleh buat menu baru..mak jumpa banyak resipi<<<yo laaa...
mak : nii...jap..meh tengok ni...diorang ajar jahit bunga..<<haaa..xminat bunga

penat aku..nak bangun duduk...nanti aku takkan terkejut kalau mak aku pun ada blog..hahaha...mak aku dah maju..aku balik keje..xde dah duk tengok tv..drama2 xmain dah..ni masak siap2..kadang-kadang.."nii...ikan tu nanti goreng..mak dah letak garam kunyit..pastu rebus sayur.."haa yea laa...pastu duk depan pc sampai la ayah aku balik keje..pastu aku ngan ayah aku bantai gelak...

dulu..kalau aku duk ngadap facebook..mak aku bising..aku duk main game lagi la bising...ni dah jadi terbalik...ayah aku cakap..mak sekarang dah pandai tido lewat...hahaha..

Thursday, April 11, 2013

Jangan Langgar Lampu Merah



Kalau lampu kuning ok lagi kalau nak langgar..<<haha..macam pernah je..>>ni lampu merah memang cari nahas...pagi tadi berlaku kemalangan dekat traffic light masa ondway nak g keje...tinggal 4inci je lagi nak babitkan aku skali..tak ke menyusahkan..lain kali..sila ikut peraturan jalanraya ..termasuk aku skali
( __________ )

Monday, April 8, 2013

Karipap Lagi

Sekarang ni menu sarapan aku adalah karipap dengan neskepi tarik....angau eh..hahaha...


kadang-kadang sampai petang layan karipap ni..sedap ohhhh

Thursday, April 4, 2013

Kisah 50

Ada kisah nak share..benda ni berlaku pada aku sendiri..kisah ni lama dah

Kisah pertama berlaku kat mydin mall. Aku ngan mak kat kaunter untuk membuat pembayaran..pastu datang sorang lelaki datang nk tukar duit. anak dia nangis nak naik alaaa yang bubuh syiling 50sen 2 keping pastu benda tu gerak2...haa yang tu..aku xtahu nak panggil apa..tapi cashier tak bagi..katanya kena tukar kat gerai2 luar..abang tu dah serba salah..anak dia makin kuat nangis..isteri dia memujuk..selesai je membayar..aku terus panggil abang tu..dan hulurkan dia 2 keping 50sen..terus ucap terima kasih dan berlari ke arah anak dan isterinya...aku lega..

Kisah kedua beberapa minggu selepas itu, ketika aku kat bank..nak bank in duit..tinggal sekeping je lagi rm50 tak dapat nak masukkan..puas aku cuba..xmasuk2 jugak..pusing blakang ramai orang beratur tunggu giliran..tetiba sorang lelaki hulurkan aku rm50 untuk tukar..aku tanya dia..nnti abang nak bank in plak macam mana..dia kata xpe..ni duit lain nnti nak bank in duit lain..aku terima..transaksi aku berjaya..aku ucapkan terima kasih kat dia...dia hanya angguk dan senyum.

Ini bermaksud..bila kita berbuat baik dengan ikhlas..perkara baik pun pasti akan datang kepada kita..kedua-dua kisah tersebut betul-betul memberi kesan pada aku..alhamdulillah..senyum sendiri..sila sematkan sikap bantu membantu dan tolong menolong sesama kita..

Monday, April 1, 2013

Berhati-Hati Dengan Peminta Sedekah

Walau di mana pun kita berada, haruslah sentiasa berhati-hati..jangan terus percaya dengan peminta sedekah..nanti tak pasal-pasal kita yang terima padah..



Sedikit maklumat mengenai mereka :

INFO & PERINGATAN : HATI HATI KEPADA WARGA KOTA BHARU. CAM MOLEK MUKA 2 MAKHLUK NIE..

Jate ni merupakan seorang penagih dadah yang tinggal di Berek 12, Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu, Kelantan. 'Kerja' utamanya adalah meminta sedekah dan memang terkenal di sekitar bandar raya Kota Bharu dengan meraih simpati orang ramai dengan kakinya yang 'kekcok' dan berjalan senget-senget tetapi pada sebelah malamnya 'berkerja' sebagai pencuri pula. Orang pernah hambat dia ketika memasuki rumah orang pada waktu malam dan apabila dihambat, boleh lari dengan laju tanpa 'kekcok' lagi dah. Laporan polis telah dibuat oleh pemilik rumah tetapi setakat ini belum ada tindakan daripada pihak berkuasa. MESEJ & PESANAN: Tidak perlu memberikan apa-apa wang kepada orang ini.

Tino ni pulok Modus operandi minta duit kononnya untuk membaiki motosikal yang rosak. Sekarang bergerak aktif di sekitar Bandar Baharu Kerteh dan Mesra Mall, Terengganu. Dia diaporkan juga aktif di Kelantan terutamanya di Kota Bharu sewaktu adanya perlawanan bola sepak. Selalunya apabila kita tidak bagi dia duit, dia akan panggil kumpulan lelaki untuk datang mengugut.


Tips :

1. Jangan bawak cash banyak sangat..cukup lah untuk buat belanja harian. Aku rasa RM50.00 dah terlalu cukup untuk belanja seminggu..-rancang perbelanjaan

2. Berjalan secara berkumpulan terutama kaum perempuan..melainkan korang ada belajar silat @ taekwando

3. Jangan nak melaram dengan high heel dan kebaya ketat...nnti susah nak bertindak bila ada kecemasan..

dan lain-lain yang perlu...take care!