Tuesday, December 31, 2013

Azam

Bila nak masuk tahun baru mesti semua orang ada azam...aku pun ada azam jugak ( ______ )
Azam aku adalah..nak tunaikan azam tahun lepas..
sebab tahun lepas tak sempat nak tunai lagi..
begitu juga dengan tahun-tahun lepas..
banyak betul azam tahun-tahun lepas..
sebabnya kita hanya pandai berazam je..
tapi sekurang-kurangnya ada jugak effort nak berazam..keh keh keh

Hoihh..apa azam ko ni hahh...<<entah la>>

Tuesday, December 17, 2013

Kehidupan Konfius

Kehidupan yang betul-betul kehidupan adalah bila kita berada dalam satu kumpulan manusia.
Semua bercampur. Ada yang baik..ada yang tidak baik..bila seorang dari manusia itu mula berkongsi masalah..maka ramai yang memberi pendapat..
pendapat yang diberi mesti base on experiance atau dari masalah orang lain...once korang takde salah satu dari itu..maka..korang tidak layak untuk memberi pendapat..kejam kan..

Contoh:
"wei..ko tak pernah rasa..ko tak boleh cakap macam tu" see..pernah kan situasi ini terjadi pada diri kita..belum sempat nak habis cakap..dah kena potong..yea..kita tak pernah rasa..tapi kita mungkin pernah tengok / baca kisah yang macam tu..at least..dengar dulu..

Belajarlah untuk mendengar pendapat dan memberi pendapat..
kerana dalam dunia ni bukan kita saja yang betul..bukan kita saja yang salah..
"___________" 

Friday, December 6, 2013

Meninjau Banjir di Tambatan Diraja

Sekarang kan musim banjir,huihh best2..balik keje semalam meh kita lepak-lepak jap kat area paling femes di Kota Bharu ni...info : lokasi di belakang Ridel Hotel


tengok langit tu..gelap nak hujan..tapi tak hujan..ni baru nak cari parking..hujan ke tak hujan ke..harus kita berhenti..haha


anak-anak muda mengambil peluang berniaga..orang ramai..kitorang tak singgah makan pun. Tapi dari jauh..dapat bau burger..bestnyee


tu Sungai Kelantan..air deras


tinggal satu inci je nak cecah tempat pejalan kaki..






 view dari area bawah menara 



Bangunan biru kuning tu adalah Pejabat Kastam


Ni adalah menara..time ni dah tutup..kalau tak boleh naik menara tu untuk view bandar Kota Bharu...info : bayaran RM1.00 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.



Bendera negeri kami


kiri tu gerai aiskrim pulut..sedap..gambar aiskrim takde sebab telefon habis bateri...nasiblah..haha..sejak semalam dah tak hujan..rasa-rasanya air sungai dah tak naik kot..kalau tak..mesti dah banjir area sini..lagi best boleh datang skali lagi untuk main air..choww